Thursday 16 May 2013

Sekadar berkongsi pengalaman yg blh djadikan pedoman ...
Ketika hendak membayar buku tiba2 suara dari belakang memanggil "bang ada sepuluh ringgit x ???" diulang beberpa kali ...
tersentap hati bila melihat seorang perempuan memegang buku ILMIAH meminta begitu kpd kami dgn ibu & ayah mereka tanpa kami dpt kesan
nampak seperti orang biasa 
klau org lain mesti akan fikir yang dia ni sebagai orang yang hidup sama seperti orang lain ...
urmmm jd kami sendiri yg tlg bayarkan utknya
bila fikirkan semula ada iktibar disitu
key word dia ialah
BUKANNYA SEMUA ORANG ITU MAMPU UNTUK BELI BUKU DAN MENUNTUT ILMU SEDANGKAN MASIH ADA LAGI YANG SEDANG DAHAGAKAN ILMU BETAPA BERUNTUNGNYA KITA YANG MASIH DPT MENUNTUT ILMU HINGGA KE PERINGKAT TINGGI ....

Monday 21 May 2012

AIR

Firman Allah S.W.T :

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " Air... sudah menjadi lumrah kepada semua manusia , haiwan , serta tumbuh-tumbuhan bagi meneruskan kehidupan..Air atau nama saintifiknya H2O iaitu dua atom Hydrogen dan satu atom Oxygen , ianya sangat berguna kepada semua bait dari segi keperluan harian dan juga dalam perubatan . Sedarkah kawan-kawan , jika anda pergi mana-mana pusat perubatan islam mesti kawan-kawan akan menyedari setiap kali memulakan sesi merawat mesti ada air kan... Tetapi adakah kita sedari bahawa air adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang mempunyai kelebihannya tersendiri???

Pada tahun 1999 suatu kajian saintifik telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Unversiti Yokohama di Jepun telah membuat penyelidikan keatas molikul air dan telah menggemparkan seluruh dunia atas hasil kajian tersebut . Pada percubaan pertama air tersebut dibacakan dengan doa di dalam agama Shinto , lalu air tersebut didinginkan sehingga -5°C di makmal , Kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron bersama kemera halaju tinggi . Percubaan itu diulangi lagi tetapi kali ini ia menyebut " Arigato ( terima kasih ) " di depan botol tersebut , lalu molikul air tersebut membentuk kristal yang indah . Selepas itu , air tersebut ditunjukkan dengan menghadapkan tulisan huruf jepun " Arigato " bentuk kristal tersebut masih lagi membentuk dengan bentuk yang indah . Kemudiannya , air tersebut di hadapkan dengan perkataan " Syaitan " lalu kristal tersebut membentuk menjadi buruk . Apabila muzik Symphoni Mozart dimainkan bentuk kristal tersebut bertukar menjadi bentuk bunga . Selepas itu , muzik tersebut ditukarkan kepada muzik Heavy Metal , lalu kristal berbentuk bunga tersebut hancur . Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan . Subhanallah.

Jadi sekarang kita telah faham sedikit-sebanyak tentang betapa hebatnya makhluk ciptaan yang maha esa ini... apa yang baik itu datangnya daripada Allah , apa yang kekurangan itu atas kekurangan diri saya sendiri... sekian...

Saturday 21 April 2012

Cantik

Cantik di luaran tidak akan kekal sehingga ke hari tua....
kerana kecantikan itu akan luntur jua....

Cantik di dalam iaitu dari segi sifat akan kekal....
jika seseorang itu pandai menjaga adabnya terhadap orang lain ....
serta menjaga Ibadahnya terhadap Allah.... 

Sunday 25 March 2012

Gagal sekali atau berkali-kali tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya ... mungkin ia suatu ujian atau hikmah ...... dimana kita berusaha , disitulah kkita akan menemui jalan kejayaan bagi kita . Allah tidak akan memberi ujian yang berat terhadap hambanya jika hambanya tidak mampu menempuhinya ... Allah know everything about us.... belive it ... ^_^              

Sunday 4 March 2012

" Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda , jiwa raga , pena ( penulisan ) , dan lidah ( dakwah ) "

Sayyid Abul 'Ala al-Maududi.

Monday 20 February 2012

Untuk adk2 Form 5 yang susah nk ingat ada berapa rukun Haji dan rukun Umrah... ni dia conclution utk korang...

Rukun Haji

- Niat ihram Haji

- Wukuf

- Tawaf

- Sa'i

- Bercukur

- Tertib

jadi kata kunci bagi Rukun Haji : ( NI WU TA SAI BER TIB )

Rukun Umrah

- Niat

- Tawaf

- Sa'i

- Bercukur

- Tertib

jadi bagi kata kunci Rukun Umrah : ( NI TA SAI BER TIB )

Selamat maju jaya ..... ^_^

Tuesday 14 February 2012

Valentine Day

   Valentine Day atau dalam Bahasa Melayu ialah Hari Kekasih sudah sinonim dalam masyarakat dunia sekarang malah di Malaysia juga fenomena ini berlaku di kalangan pemuda dan pemudi kita. Bila tiba hari Valentine ... macam-macam perkara boleh berlaku... waktu nilah adanya perkara sumbang disana-sini. Tapi adakah kita sedari apakah kesannya ??? darimanakah asalanya hari Valentine??? kenapa islam mengharamkan hari Valentine ini ??? terlalu banyak persoalan yang timbul dikalangan mereka  yang kurang mengenali agama...

   Jika kita menyambut hari Valentine ... adakah kita menyedari kesannya??? perlukah kita untuk berkasih sayang dengan kekasih kita... sedangkan kita belum diijabkabulkan lagi dengannya ( kekasih ). Sedangkan kekasih yang abadi ialah Allah!!!
 
  Sejarah hari Valentine diambil dari St. Valentine dibunuh kerana pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari .

  Kerana apa Islam mengharamkan hari Valentine ??? Firman Allah Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36). Selain itu Baginda Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

   Keputusan di tangan ANDA sendiri .... firman Allah " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri ". Surah Ar-Ra'd (ayat .... Surah Ar-Ra'd (ayat 11 ): ...  jadi fikir-fikirkanlah...