Sunday 29 January 2012

❀ ♥ Tedapat 2 ciri Cinta ... ♥ ❀



❀♥ Cinta kerana manusia ♥❀
. Mesti muka cantik / Kacak
. Mempunyai barangan mewah
. Pandai bergaya mengikut trend semasa
. Sentiasa berhubung dgn pasangan

❀♥ Cinta kerana agama ♥❀
. X mengikut pd wajah
. Hidup beserdahana
. Pakaian yang menutup aurat
. Sentiasa berhubung kpd Allah

( yg mana satu kita pilih ???? )

Wednesday 25 January 2012

Jom kita menjadi orang yang berjaya...

" Haiya A'lalfalah " seruan azan yang selalu kita dengari setiap kali masuknya waktu solat Fardhu... jelas bahawa islam menyeru umatnya agar menjadi orang yang berjaya
tetapi adakah kita menyemai maksud ayat ini di dalam jiwa kita tambahan pula pada kalangan muslim sekarang???
orang lama ada menyebut :
" Usaha yang sedikit hasilnya akan menjadi hasil yang sedikit
Usaha yang lebih hasilnya akan menjadi hasil yang lebih "

ini terbukti pada firman Allah s.w.t yang bermaksud ' “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.” (Ar-Ra'ad: 11). Pepatah ada menyebut " Bukan susah nak jadi susah bukan senang nak jadi senang " apa yang penting ialah USAHA itulah kunci kejayaan selebihnya terserahlah kepada yang maha Esa... Oleh itu marilah sama-sama kita memburu kejayaan bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat ... sekian ( ikhlas dr sahabat ^_^ )

Monday 16 January 2012

Hukum menyentuh kulit wanita ajnabi

Dalam menuju arus kemodenisasi ini segelintir insan terutamanya golongan remaja yang rancak dilamun cinta monyet apabila bertemu dengan pasangan pasti akan berpegangan tangan bagai sudah lama membina mahligai sedangkan mereka belum sah sebagai pasangan  yang halal untuk bersama dan ajnabi..  Sabda Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa ' memeluk khinzir yang penuh lumpur adalah lebih baik dari menyentuh seorang wanita ajnabi.' ... fikir-fikirkanlah...

Saturday 14 January 2012

Buat semua Belia & Beliawati muslim termasuk diriku sendiri

bila difikirkan semula
kenapa kita sanggup on9 sampai ke pagi????
sedangkan nak bangun Qiam punyalah susah...
usah dikatakan Qiam malah subuh pun susah nk bangun ...
mmm...
oleh itu...
tanggunggjawab kita terhadap ALLAH jangan sesekali lupa lupa
biarlah on9 sampai ke pagi pun... asalkan perkara yang wajib
patut kita dirikan...
insyaallah semua urusan akan berjalan dgn lancar...

7 Golongan yang dilindungi Allah di akhirat

1. Imam ( pemimpin ) yang adil .

2. Pemuda tumbuh dewasa dalam ibaadah .

3. Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid .

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah berkumpul dan berpisah kerana Allah .

5. Seorang lelaki yang dirayu wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia 
    menolaknya seraya berkata " aku takut pada Allah ".

6. Orang yang bersedekah ikhlas semata-mata kerana Allah .

7. Seorang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya .

pesanan buat semua sudara2 ku dan dr ku sendiri....

hidup di dunia hanyalah sementara
akhirat kekal selamanya
perbanyakkanlah amal ibadah
dan jgn mendekati ke lembah maksiat
sesungguhnya allah murka terhadap orang yang mendekati ke lembah maksiat....
jika kita menganggap ia satu beban ia akan menjadi beban mungkin ia akan menjadi beban yg berterusan jika kita menganggap ia satu ujian dan kita cuba menghadapi ujian itu dgn tabah dan sabar insyaallah Allah akan permudahkannya... fikir - fikirkanlah wahai sahabat.... ^_^

Renungan bersama...

kenapa kita perlu menangis kerana cinta yang sia-sia....
sedangkan kita tidak menangis kerana cinta akan ilahi ???
kenapa kita perlu mengagung-agungkan artis yang hanya manusia biasa...
sedangkan rasullullah sebagai idola yang abadi ???
kenapa kita perlu minat kepada hiburan yang melalaikan...
sedangkan Al-Quran itu penghibur di hati ?

Friday 13 January 2012

Jom kita mengenali Al-quran secara ringkas

Nama Al-Quran : Al-Kitaab / Al-Furqan / Adz-Dzikr / At-Tanzil
Juzu' Al-quran : 30 Juzu'
Surah : 114 surah
Ayat Al-Quran : 6 236 ayat
Diturunkan kpd : Nabi Muhammad S.A.W
Melalui : malaikat Jibril
Masa : diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun
Lokasi : Mekah al-Mukarramah & Madinah al-Munawwarah
surah pertama : surah al-A'laq
Sifat - sifat Al-quran - An-Nuur bermaksud cahaya yang menerangi kegelapan.
                                    - Al-Mubiin bermaksud menerangkan sesuatu
                                    - Al-Huda bermaksud petunjuk.
                                    - Ar-Rahmah bermaksud kerahmatan

Buatmu Palestina

PALESTIN..........
ingin ku lihat kau dalam suasana aman
burung-burung berkicauan
kanak-kanak bermain tanpa sebarang pergolakan
tanah subur dengan hasil tanaman
... tapi apakan daya
angkara ZIONIS kau sengsara
kerana ketamakan mereka... engkau merana
Hamas pula dikatakan pengganas...
ku titiskan airmata
kerana ku tidak sanggup melihat mu merana...
kerana ku tidak sanggup melihat orang yang tidak berdosa terkorban
hanya doa mampu ku tadahkan
hanya bantuan mampu ku hulurkan
ayuh ...
mari kita bersama-sama berjuang demi Palestina tercinta
'KHAIBAR KHAIBAR yA yAHUD'