Monday, 21 May 2012

AIR

Firman Allah S.W.T :

" Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? " Air... sudah menjadi lumrah kepada semua manusia , haiwan , serta tumbuh-tumbuhan bagi meneruskan kehidupan..Air atau nama saintifiknya H2O iaitu dua atom Hydrogen dan satu atom Oxygen , ianya sangat berguna kepada semua bait dari segi keperluan harian dan juga dalam perubatan . Sedarkah kawan-kawan , jika anda pergi mana-mana pusat perubatan islam mesti kawan-kawan akan menyedari setiap kali memulakan sesi merawat mesti ada air kan... Tetapi adakah kita sedari bahawa air adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang mempunyai kelebihannya tersendiri???

Pada tahun 1999 suatu kajian saintifik telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Unversiti Yokohama di Jepun telah membuat penyelidikan keatas molikul air dan telah menggemparkan seluruh dunia atas hasil kajian tersebut . Pada percubaan pertama air tersebut dibacakan dengan doa di dalam agama Shinto , lalu air tersebut didinginkan sehingga -5°C di makmal , Kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron bersama kemera halaju tinggi . Percubaan itu diulangi lagi tetapi kali ini ia menyebut " Arigato ( terima kasih ) " di depan botol tersebut , lalu molikul air tersebut membentuk kristal yang indah . Selepas itu , air tersebut ditunjukkan dengan menghadapkan tulisan huruf jepun " Arigato " bentuk kristal tersebut masih lagi membentuk dengan bentuk yang indah . Kemudiannya , air tersebut di hadapkan dengan perkataan " Syaitan " lalu kristal tersebut membentuk menjadi buruk . Apabila muzik Symphoni Mozart dimainkan bentuk kristal tersebut bertukar menjadi bentuk bunga . Selepas itu , muzik tersebut ditukarkan kepada muzik Heavy Metal , lalu kristal berbentuk bunga tersebut hancur . Ketika 500 orang berkonsentrasi memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan . Subhanallah.

Jadi sekarang kita telah faham sedikit-sebanyak tentang betapa hebatnya makhluk ciptaan yang maha esa ini... apa yang baik itu datangnya daripada Allah , apa yang kekurangan itu atas kekurangan diri saya sendiri... sekian...

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.